Memaparkan catatan dengan label AGAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGAMA. Papar semua catatan

Ahad, 28 November 2010

Hukum Nyanyian Dan Hiburan

(Disiarkan pada Jul 16, 2010 dalam kategori Fatwa)

Soalan: Assalamualaikum Dr Asri, saya kebelakangan ini mula minat dengan agama. Saya teringin menjadi seorang muslim yang baik. Cumanya masalah saya ialah saya terlalu gemar menyanyi. Kawan saya seorang yang kuat agama selalu menegur saya, katanya nyanyian adalah muzik syaitan. Saya cuba mengubah, tetapi kadang-kala saya menyanyi juga sebab terbiasa. Saya rasa susah nak buang tabiat ini, apa nasihat Dr kepada saya?

Roslee, Kuala Muda, Kedah.

Jawapan Dr MAZA: Saudara, Islam bukanlah satu agama yang mengharamkan segala bentuk kegembiraan dan hiburan dalam hidup manusia. Allah Yang Maha Mencipta mengetahui bahawa manusia melalui dalam hidup mereka berbagai suasana dan keadaan. Ada kala manusia perlukan hiburan atau perlu dihiburkan. Hiburan wujud dalam berbagai bentuk. Islam datang bukan untuk mengharamkan, tetapi untuk member garis panduan. Untuk soalan saudara, saya sentuh perkara-perkara berikut;

PANDUAN DAN BATASAN SYARIAT DALAM MEMBENARKAN HIBURAN NYANYIAN

*Oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi*
(TELAH DIRINGKASKAN DARIPADA PETIKAN ASAL)*

Di sini, kami tidak lupa untuk menambah beberapa panduan dan batasan yang perlu diambil kira sehingga nyanyian kekal dalam hukum halal. Antaranya:

1-Lirik lagu hendaklah bebas dari segala penyelewengan syariat
Kami tegaskan di sini bahawa bukan semua nyanyian hukumnya harus. Nyanyian yang harus hendaklah mempunyai tema yang bertepatan dengan ajaran Islam, tidak bercanggah dengan aqidah, syariat mahupun akhlak Islam.